kehidupan kita ini ade pahit dan manis nya .apa2 pon be yourself.smile always :)

Sunday, October 14, 2012

skru tayar dicuri

hari penuh sejarah!huhu.
alhamdulillah sport rim xdi ambil..

Sunday, March 25, 2012

✿◠‿◠) Kisah couple (✿◠‿◠)

LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect!

PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?

LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?

LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.

LELAKI : Eh, kenapa?????

PEREMPUAN : Kerana tiga sebab

Satu, awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

Dua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

Tiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..

LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dh bertahun2 tunggu awk.

PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Salam.

LELAKI : Wslm

Wednesday, March 14, 2012

Sunnah2 sebelum tidur

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum,dan ketika tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wuduk sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan dibawah pipi.

Moga Kita Dapat Mengamalkan Perkara yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. 

Saturday, February 18, 2012

5 penawar hati :)

  1. baca al-Quran dengan maksudnya 
  2. berpuasa 
  3. berzikir
  4. qiamullai
  5. bersama orang2 soleh

bacalah al-Quran dgn terjemahan..kalau dlu kte slalu dgr org kata baca al-Quran boleh tenangkn hati..setiap hari kte baca al-quran tapi xdpt ketenangan.sbb knpe? sbb kita baca tanpa faham apa yg kita baca mksdnye xbaca terjemahan..so baca al- Quran uh bacalah dgn terjemahan dia..seronok dan memberi ketenangan..mgkin 1st buat xrasa .tapi buat lah selalu insyaAllah anda akan merasai ketenangan itu :)
berpuasa..Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari 
contohnya puasa dibln ramadan , sunat isnin khamis dll

berzikir.membasahi lidah dgn sentiasa mengingati Allah.
qiamullai..bangun di 1/3 malam..bagi perempuan yang cuti pon boleh qiamullai.. xleh solat sunat tapi masih boleh berzikir :)
bersama orang2 soleh.. contohnya pergi ke usrah ,ceramah agama membincangkan tentang agama..

selamat beramal :)